Lawatan ke National University of Singapore (NUS). Delegasi National University of Singapore (NUS) diketuai oleh Profesor Chan Eng Soon, Ketua Pegawai Eksekutif, Technology Centre for Offshore and Marine (TCOMS), Singapura ditemani Cik Mandy Yvonne Ng, Pengarah Pentadbiran Penyelidikan, Pejabat Timbalan Presiden (Penyelidikan dan Teknologi).
Portfolio Penyelidikan & Inovasi yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaya telah mengadakan lawatan rasmi ke National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University (NTU) Singapura bagi tujuan penanda aras dan kolaborasi penyelidikan pada 27 hingga 30 Oktober 2024.
Berdasarkan pencapaian kedua-dua institusi adalah masing-masing di kedudukan 8 dan 15 bagi QS World University Rankings serta 17 dan 30 bagi Times Higher Education (THE) World University Ranking. Lawatan ini adalah bertujuan untuk:
Membuat penanda aras bersama institusi/universiti terkemuka di Singapura untuk membantu Universiti Malaya mencapai kedudukan 50 teratas dalam QS World University Rankings dan 100 teratas dalam THE World University Rankings.
Meneroka peluang jaringan kerjasama di Asia dalam bidang penyelidikan, bagi menghasilkan kajian yang memberi impak positif kepada negara dan komuniti.
Menggalakkan pertukaran idea serta memperkasakan pengurusan pentadbiran dan kewangan bagi menyokong aktiviti penyelidikan bersama universiti terkemuka di Singapura.
Meningkatkan keterlihatan Universiti Malaya di peringkat antarabangsa dengan mempromosikan kajian-kajian yang sedang dijalankan di universiti.
Menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dalam projek-projek penyelidikan melalui perkongsian kepakaran, sumber, dan metodologi yang inovatif.
Perbincangan mesra antara Universiti Malaya dan National University of Singapore (NUS).
Tentatif lawatan kolaborasi ini merangkumi perbincangan fokus kepada program penanda aras, kerjasama penyelidikan, serta perkongsian tadbir urus dan kewangan penyelidikan. Selain itu, lawatan turut dijadualkan ke beberapa lokasi terpilih seperti kampus, pusat penyelidikan atau kecemerlangan, dan makmal penyelidikan.
Lawatan ke Technology Centre for Offshore and Marine (TCOMS), Singapura yang diketuai oleh Profesor Michael Si, Pengarah Projek.
Lawatan ke Nanyang Technological University (NTU) diketuai oleh Profesor Guan Yong Liang, Penolong Naib Presiden (Infrastruktur dan Program).
Cik Wanda Preiser, Ketua Pejabat Kerjasama Antarabangsa dan Encik Jeff Lau, Penolong Pengarah Pejabat Kerjasama Antarabangsa menerangkan berkenaan infrastruktur yang ada di NUS serta geografi kedudukan infra di NUS.
Lawatan ke Makmal Korporat NTU-Continental yang diketuai oleh Dr Lee Meng Yeong, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Kerja ditemani Profesor Madya Lyu Chen, Penyelidik Utama Projek.
Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh kedudukan Universiti Malaya di peringkat global dan menyokong usaha untuk menjadi antara institusi penyelidikan terkemuka dunia.
Disediakan oleh:
Khalil Munawar Bin Makhdum Munawar
Pegawai Sains
Pusat Pentadbiran & Kewangan
Pejabat TImbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Comments